Saturday, July 5, 2008

Politik Berkulat jiwa rakyat Tenat dan Merempat



"Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai alibi dan saksi untuk menyokong keterangannya bahawa tidak berlaku kes liwat Khamis lalu, seperti yang didakwa dalam laporan polis terhadapnya." – berita harian

"Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan terbaru yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, seperti didedahkan dalam akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian semalam, sebagai pembohongan yang amat dahsyat." – berita Harian

“I wish to retract the entire contents of my statutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress,” said P Balasubramaniam
- New Straits Time



Hati saya terlalu berat dan kelu sebenarnya untuk menulis entry kali ini. Entah kenapa topik yang bakal dibincangkan ini terasa begitu menyempitkan dada. Iya, sejak isu tuduhan palsu ke atas DSAI hangat dan kencang diperkatakan jiwa dan akal saya terasa begitu terhiris, sebak dan sesak. Saya rasa semua rakyat Malaysia pun merasa begitu. Mengapa begitu? Terasa tangan ini ingin merembes segala komen dan kritikan. Terbersit rasa kecewa dalam jiwa saya. Mungkin anda juga merasa. Hati saya kali ini sakan merajuk. Langit Malaysia terasa begitu gelap dan mendungnya datang secara tiba2 namun lambat rasanya ia beredar.

Boleh dikatakan semua blog dan penganalisis tidak leka dengan isu ini. Anda boleh mengutip setiap kritikan dan feedback dimana2 blog. Ada yang menghentam, ada yang membela ada yang mencucuk mencetus bara. Untuk ruang blog saya ni, saya tidak akan berbicara dari sudut survival politik atau mewakili mana2 parti politik. Saya mahu berbicara dari sudut tarbiyah dan muhasabah.

Kenyataan2 dari Dato' Sri Anwar Ibrahim, P Balasubramaniam dan Datuk Sri Najib sengaja saya pastekan di sini. Buat penilaian pada sebuah kekeliruan. Kekeliruan inilah yang menyesakkan dada saya. Mana satu yang betul?Mana satu yang tolol? Siapa pula yang menjadi lurus bendul?

Semasa media melaporkan tuduhan Saiful Bukhari ke atas DSAI hati saya sudah muak. Membayangkan satu lagi penipuan ke atas mantan timbalan PM ini. Mungkin satu konpsirasi politik yang jijik. Saya tidak melatah tapi menusuk kecewa kerana kenapa tuduhan li***?(jijik untuk menyebut). Membuat tuduhan itu pun sudah satu dosa besar jika benar-benar ia tidak berlaku( kes masih dalam siasatan). Sejak akhir2 ni ramai yang berdiri ingin membuat tuduhan dan tidak segan silu memfitnah. Hati saya masih lagi bergelora remuk. Seakan remuknya hati rakyat Malaysia pada 1998. Tuduhan yang sama ke atas DSAI. Cuma bezanya kali ini tuduhan bukan dibuat dari oleh orang menteri tapi seorang 'budak' yang baru belajar berpolitik. Kepercayaan saya semakin goyah pada keputihan politik Malaysia. Sudak terbobrok.

Yang menyesakkan lagi nafas dan menghilangkan selera makan saya, adalah selepas P Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang menyatakan Datuk Sri Najib ada mejalinkan hubungan dengan mangsa bom Altantuya Syaribu. Maknyanya DSN terlibat dalam kes pembunuhan itu. Akuan itu cuba mengheret DSN dalam kes ini. Hanya sehari selepas itu P Balasubraniam menarik balik akuan berkanun itu dan mengatakan akuan itu dibuat kerana dia berasa tertekan. NST memetik akuan itu sebagai inaccurate dan incorrect. Tertekan kerana apa?kerana apa?


“I wish to retract the entire contents of my statutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress,” said P Balasubramaniam - New Straits Time


Inilah mengeruhkan keadaan. Kenapa akuan berkanun ini timbul semasa tuduhan ke atas DSAI tercetus. Adakah ingin mengalih perhatian atau mempertahankan. Dan kenapa Bala selepas sehari menukar 'pendiriannya'. Membuat keadaan lebih kalut dan mengarut. Dan saat saya menulis entry ini TV3 melaporkan Bala menghilangkan diri. Situasi DSAI difitnah sodomy, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun dan menarik balik akuan itu penuh konspirasi. Malaysia akhir-akhir ini sudah berkulat dengan konspirasi. Hati saya bengik dan terhiris. Kenapa sekarang?

Wajah politik Malaysia sudah tercalar dengan fitnah. Hati-hati penduduk lesu kerana atmosfera memfitnah dan menuduh dikalangan ahli politik melemaskan mereka. Lemas sangat.Kerana fitnah sedang berleluasa di Malaysia. Fitnah seakan menjadi perisai dan jalan keluar kepada kepentingan beberapa ahli politik. Yang membuatkan ahli politik ini menjadi ahli hipokrik. Memang ini memberi kesan kepada rakyat. Jatuhnya maruah rakyat disebabkan jatuhnya maruah negara dan jatuhnya maruah negara disebablan rendahnya akhlak dan maruah pemimpin. Saya sebagai rakyat jati Malaysia begitu jelek dengan keadaan ini. Ini tidak menguntungkan rakyat.

Dimana ulamak? Dalam kemelut yang melibatkan maruah dan harga diri, di mana ulamak untuk mengimbangi? Membersih seperti air mutlak? Isu ini dicetuskan oleh orang islam dalam negara majoriti muslim maka ulamak harus berdiri menyelesaikanya.

Mujur ada juga suara dari seorang mufti dan tok guru memberi cadangan supaya 'mangsa' li**t dan mangsa tuduhan li**t ini bermubahalah. Dan ini disokong oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam keratan akhbar


MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah – KL pos


Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga menyeru agar semua umat islam di Malaysia kembali kepada ISLAM dan al-Quran dijadikan perlembagaan dan penyuluh. itulah penyelesaiannya. Bala fitnah apa kah ini?


Mari kita renung dengan mata hati apa yang ingin disampaikan Allah dalam ayat ini:


Hujurat:6
Jika datang kepada kamu orang yang fasik ( jahat) membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak membuat sesuatu kepada kaum lantaran tidak tahu, lalu kamu akan menyesal atas apa yg kamu kerjakan.


Jangan kita nanti menyesal dengan apa yang dikerjakan. Jangan kita menyesal kerana dengan tindakan ini umat ISLAM berpecah belah. Semua kita faham apa itu berpecah. Kepada pemimpin yang masih lagi larut dengan provokasi,semaklah semula maksud berpecah belah. Bila sudah bergolongan, Islam sukar untuk berdiri. Usaha dakwah dan tarbiyah akan mereput dalam ego pemimpin.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya Allah menyukai tiga hal dan membenci tiga hal. Tiga hal yang disukai Allah adalah :
* Menyembah hanya kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apapun.

* Berpegang eratlah kalian semua dgn tali Allah dan jangan berpecah belah.

* Saling memberi nasihat terutama antara pemimpin dan rakyat.


Dan tiga hal yang dimurkai Allah adalah :

* Mempercayai isu/berita yang tak jelas kebenarannya.

* Bertanya yang tidak pada tempatnya.

* Berbuat mubazir atau berfoya-foya.” (Ibnu Katsir, 2/83; Shahih Muslim; 1715).


Dengan isu ini,remaja dan rakyat yang cuba dekati islam akan keliru dan resah. Semua tertumpu pada isu jelek ini dan akhirnya melupakan rakyat yang dahagakan tarbiyah. Sedangkan Allah memberi kuasa sebagai amanah untuk tegakkan ajaranya,untuk membina jiwa2 hambanya,untuk takut kepadaNya.Politik tanpa tarbiyah adalah sampah. Sedangkan itulah tujuannya. Selepas isu minyak isu ini pula timbul(mengikut rating paling popular). Isu semakin menggebu. Tapi kenapa kita tidak gebukan isu dan persoalan untuk membantu mat-minah2 rempit, mangsa rogol,rakyat merempat dll. Golongan inilah yang patut diberi keutamaan. Rakyat menuntut pembelaan jiwa. Pemimpin mendera jiwa rakyat dengan keringnya usaha dakwah. Hasilnya musuh2 kita yang sebenar ketawa berdekah2. Suka hati melihat anak2 muda hilang akidah, pemimpin rendah maruah dll. Seperti kucing hilang gigi tikus tergelak sambil menari. Tiada keizzahan.

Jadi kepada anda dan mereka yang masih mengambil kesempatan dalam isu ini untuk menghentam, mengata,melabel dan seangkatan dengannya. Hentikanlah. Isu ini perlu diselesaikan dengan jernih. Tumpukan pada anak-anak, saudara mara dan masyarakat kita. Kitalah yang patut membuat akuan berkanun ke atas syaitan. Kerana makhluk inilah pemfitnah paling besar. Berjaga2lah dengan musuh yang nyata ini. Ingat di akhirat kelak ada 73 golongan umat islam. Dan hanya satu golongan sahaja yang akan ke syurga iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menuduh dan menfitnah dan mengata serta menjatuhkan maruah bukan acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka bedah siasatlah kita berada dalam golongan mana?

Dan untuk isu dan tuduhan ke atas DSAI dan DSN biarlah Allah yang menjelaskannya. Kita mendoakan agar Allah menegakkan keadilan dan mengheret wajah2 disebalik konspirasi ini ke medan keadilan. Allah Maha Adil dan keadilan itu datang dariNYA. Mungkin ini satu teguran kepada kita semua. Selama ini kita terlalu taksub berpolitik dan berpolimik ingin menegakkan islam di bumi ini. Tapi kita lupa dan leka untuk menegakkan Islam di hati kita. Kita pasak tapak,tapi kita tidak bangunkan islam di atasnya. Itulah lebih buruk dari konspirasi. Jelas menjelekkan kita melekakan diri kita. Pernah anda terasa semakin lama anda berjuang semakin jauh anda dengan Allah, akidah rakyat entah kemana. Maka kembalilah kepada fitrah. Allah tidak menjadikan sesuatu ujian itu sebagai sia2. Ujian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah tarbiyah dari Allah. Kita tidak mampu untuk menjaga seluruh jiwa rakyat. Sebagai pemimpin, taqarrublah dengan Allah.Bangun malam bertahajud dan pohonlah pada Allah untuk bantu kita menjaga masyarakat.


Please! Islam sudah lama menangis..

No comments: