Sunday, August 10, 2008

Mutiara diJari Ibu




“Menangis semalaman dan dan berendam air mata berkolam2 pun tidak akan sama dengan setitis air mata seorang ibu. Dari air itu jugalah disusukan aku. Dari air mata itu jugalah dia berdoa untukku. Dari air mata itu jugalah mengalir rasa rindu padaku. Ibu, kutahu apa dihatimu. Ingin sekali aku berlari mendakapimu, mengucup pipimu membenam rasa rindu. Namun kita berjauhan beribu batu. Kau disana menugguku dan aku di sini menuntut ilmu. Mencari kehidupan dan kejayaan untukku persembahkan padamu..”

Hati saya tiba-tiba berlagu rindu. Teringatkan ibu dikampung. Bagi saya teringatkan ibu tidak sama teringatkan kekasih. Ia lebih dari itu. Rindu pada ibu adalah satu ketenangan yang diletakkan dalam hati. Ketengan yang datang dari keredhaan Allah.

Ma, orang nak sembahyang sungguh-sungguh sampai ada tanda hitam kat dahi” ucap saya pada pada seorang insan yang bernama mak

“ Kita sembahyang ini kena ikhlas kerana Allah bukan kerana nak nampak hitam kat dahi” mak memperbetulkan qasad saya. Saya termenung

Dialog ini masih utuh di ingatan saya. Ketika saya masih kecil dan baru berjinak dengan ilmu agama, persepsi saya bahawa orang yang bertanda hitam didahi itu kuat sembahyang dan ibadah dan saya seakan mahu tanda itu di dahi saya. Waktu kecil, budak kecil suka melontarkan persoalan dan nasihat mak saya itu saya pegang sehingga sekarang.

Ketika ini saya dibuai rasa rindu yang maha hebat terhadap ibu saya. Kerinduan ini melimpah-limpah ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran. Melimpah sehingga membasahi mata.

“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa” (annisa’ : 36)

Wajah redup ibu meneduhi jiwa saya. Sejuk tanpa salji hangat tanpa bara. Bagaimana seorang ibu mampu menjaga dan memenuhi keperluan 10 orang anak-anaknya. Saya dihujani rasa bersalah kerana kurangnya memahami perasaan seorang ibu. Air matanya sudah kering dengan tangisan. Mata ibu bila memandang pada anaknya, disertakan dengan sejambak harapan dan sekalung doa. Sepasang mata ibu sungguh menyejukkan dan ia satu pemandangan yang indah. Sederhaka manapun anaknya seorang ibu tetap menghamparkan kasih sayang.


Saat ini saya merindui nasihat seorang ibu. Sesungguhnya tiada warna yang mampu melukis pengorbanan seorang ibu. Hanya air matalah pewarnanya.


Ibu... ampunkan daku andai kehadiranku di dunia ini tidak mampu membahagiankanmu. Andai air mata yang kau tumpahkan itu adalah titis penyesalan. Didiklah aku ibu, aku masih jauh dengan Tuhan. Lidahku masih kaku bersyukur. Hatiku masih berdebu. Rinduku masih bukan padamu. Belailah aku ibu, seperti mana masa dulu. Kurindukan kehangatan tanganmu yang mendodoiku. Ingin aku berada dalam ribaan mu. Andainya esok ku menjadi tanah sebelummu, taburlah doa dipusaraku ibu.


Ibu.. akan ku anyam dan ukir pengorbananmu untuk anak-anakku. Akan ku dewasakan mereka dengan khazanah ilmumu. Berhentilah menangis ibu. Ukirlah senyuman dibibir delimamu. Agar bersemi doa disitu.

Andai dikumpulkan seribu wanita untuk menggantikanmu dihatiku, tidak akan sama denganmu.
Panjatkanlah doa padaNYA wahai ibuku agar ku menjadi anak yang kental. Mujahid yang berazam dan pemuda yang teguh. Agar aku mampu berjalan tanpamu disisi. Agar aku sentiasa diredhai dirahmati.

Dalam sisa perjalanan ini, ukirlah peta ke daerah itu agar dapat nanti aku menyusuri jalanmu.

Jemari: Ibu, andai nanti ku karam di samudera perjuangan ini, redhokanku karam kedasar yang paling dalam dan menjadi mutiara yang paling mahal dan berharga untuk disarungkan dijarimu yang sentiasa mendoakanku….

3 comments:

Mama said...

anak mak ye ni? (^_~)

Noorshella Che Nawi said...

mmm....btul azam..xda sape yg leh gantikan ibu kta...terharu...masa ni teringt kt mama...anakmu tidak pulang beraya taun ni ....sdh...

Shahidan said...

rindu kat arwah mak :(