Wednesday, July 2, 2008

Jari bertasbih akan menulis


Allahu Akbar!AllahuAkbar!Allahu Akbar!


Gepik gempita suara pejuang Islam menggegar langit merah pinggir Gibraltar..Bergetaran jiwa pedang-pedang Allah meraikan kemenangan.Menyerap rasa Takjub pada KEaGungan Allah. Menempis rasa dangkal memancung jasad-jasad musuh. Seperti harimau-harimau yang menerkam mangsanya. Mebenamkan taring kebencian..
"jasad yang ingkar ini tidak layak berpijak di sini"..ikrar seribu hati. Bangsat !
Wajah tenang Toriq bin Ziad mewajah ke teluk Gibraltar. Jabal dibelakangnya menjadi saksi. Samudera di depannya penuh erti. Ombak bergulung gagah meraikan kemenangan .Camar berkawanan di dada merah angkasa,bercicipan bangga .Tingkah sayap menggambarkan kemenangan dalam genggaman.Dan bumi Andalusia itu akan didakap cahaya Islam.
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Darah jihad dan semangat mujahid masih menyala-nyala di kaki jabal. Penuh bara-bara kebencian dan sejuk kasih sayang Tuhan.Berpusar roh-roh syuhada' di dada langit.Merah mata dalam sedih dan pedih..
"Saudara Toriq."
Memori kisah silam berputar-putar seketika.Tersentak dicuit satu suara.
"Assaalamualaikum akhi".
"Alaikassalam"...doa Toriq pada sahabatnya..
"Anta mengalamun ye." Banna menyempitkan mata yang sudah sepet itu. Sengaja menilai Toriq..
"Iyala..mengelamun panjang,duk tunggu amir kita.."sengaja ditekan suara pada kalimah amir,menyindir.
"hehe..maafla toriq..motor ana masuk workshop kena baiki sikit. Alah, ni kali pertama ana lewat. Lewat 15 minit je. Tapi ada hikmahya jugak. Anta bleh ambil 15 minit ana tadi untuk berzikir. Ana tahu anta suka kalau dibiarkan bersendirian kejap."syarah Banna. Terus melabuhkan punggung disisi Toriq.
"Enta ni kalu bab memanipulasikan keadaan dan kenakan ana,juara!patutla jadi amir".Toriq ketawa. Bannamenyambut. Pandangan mereka bertingkah dalam hilai. Arif benar dengan pael masing-masing.Toriq melemparkan pandangan ke tengah samudera. Jiwanya terusik..
"Subhanallah..Allahu Akbar." jiwa berbisik..
"Toriq...."

…………….

Sudah lama saya meninggalkan muqaddimah cerita ini tanpa penegembangan penamat cerita. Terlalu lama saya simpan dalam folder dan hampir terlupa akan kewujudannya. Dan saya seakan ingin menyerahkan pada anda semua untuk menyambungnya.

Jari jemari saya mencari rentak bagaimana sebetulnya idea diolah dalam penulisan. Bagaimana hendak menulis persis pendakwah yang berjiwa halus. Bagaiman ingin menulis skritis syabab yang berani. Bagaimana ingin mengalirkan idea penulisan seperti air yang mengalir sejuk dan jatuh terus ke hati. Persoalan beginilah yang melumpuhkan penulisan saya untuk sekalian lama. Tapi saya bukan penulis yang profesioanl atau menulis untuk mencatat bestseller. Tulis bulletin pun masih terkial-kial :) Tapi biarlah mampu menyentuh hatu-hati yang membacanya. Membuat pembaca berfikir. Mempengaruhi minda pembaca. Bagaimana ya? Adakah saya bukan penulis yang baik jika tidak mampu membuat pembaca berfikir. And NILAIkan selepas ni YA

Saya ingin berkongsi sepotong ayat Quran dari surah Ibrahimh:24
"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya(menjulang) ke langit"
Begitulah perumpamaan orang orang yang mempunyai gugusan kata- kata yang baik dimulut mereka. Allah mengibaratkan kata-kata yang berkualiti dan berisi seperti pokok. Kenapa pokok? Kenapa tidak makhluk lain? Hebatnya kejadian pokok sehinggakan Allah jadikan kayu pengukur kepada perbuatan manusia. Akar pokok bila mencengkam bumi, pasti jauh menjalar ke dalam bumi. Kerana cengkaman yang kuat itulah batang pokok gagah berdiri walau diuji ribut. Dan kerana jauhnya akar menjalar memberi sumber mineral dan 'nyawa' pada pokok untuk terus hidup. Pokok yang baik adalah bila dahannya tinggi menjulang angkasa bersama daun2 yang lebat mampu menjadi bumbung pada makhluk di bawahnya. Berjasakan.
Sama juga halnya dengan manusia yang bergelar pendakwah dan khalifah. Jika ingin berkata2 biarlah memberi manfaat dan mempunyai prinsip. Biar kata-kata kita tu berakar teguh di hati pendengar dan meredupkan hati- hati. Kenapa? kerana semuannya akan jatuh ke hati. Sedangkan pandangan Allah juga jatuh ke hati.
yang meresahkan saya bila mengenangkan kata-kata Imam Ghazali:
" Akhiruzzaman, kathirul khutoba' waqalilul fuqaha' "
"Diakhir zaman ini akan banyak para penkhutbah dan cikit yang faqih"
Itulah yang membimbangkan saya kerana jelas kebenaranya. Kita sudah pun berada di akhir zaman. Saat ini ramai yang ingin bercakap, ramai yang ingin mengutarakan pendapat. Tapi sayangnya tak ramai yang betul-betul ahli pada apa yang diutarakan. Ramai yang berpendapat berkamuskan nafsu. Berkata2 hanya ingin menjatuhkan orang lain dan menampakkan bahwa dialah yang terhebat.
Dan yang sedihnya terlalu sedikit orang-orang yang berkata-kata selepas berfikir yang berkiblatkan sumber Quran dan Sunnah. Kata-kata nasihat yang berulamkan hikmah. Kata-kata beginilah yang mampu membangun jiwa dan roh kita. Berkatala bila perlu.
Saya ingin melirik kata2 dari Sheikh Yusof Al Qaradawi: " Eropah akan dibebaskan dengan Pena"..Nah ini satu cabaran untuk semua.
Mohon tunjuk ajar semua :)
Allah Pemilik Segala Hati

No comments: