Wednesday, July 9, 2008

Aku Ingin Berhijrah


Tanpa disedari hari hari yang menyusur kian mencabar. Melatih kita untuk lebih bersabar dan kekar. Sudah 4 hari saya membiarkan blog ini kosong tanpa entry. Kata orang kalau tinggalkan rumah selama 2 hari tanpa penghuni pun sudah boleh membiakkan sawang-sawang. Sepanjang tempoh 4 hari ini, saya sibuk dengan urusan course registration untuk semester baru. Yang memenatkan lagi adalah saya perlu membuatnya secara manual kerana saya sudah converted to IRK( islamic reveal knowledge) dari LAW. Proses untuk mengambil tandatangan pensyarah dan pegawai untuk approval amat meletihkan. Masa saya diheret sepenuhnya untuk proses ini. Bayangkan sudah seminggu masa berlalu saya masih belum boleh hadir ke kelas. Tapi tidak mengapa kerana usaha berbaloi. Iyalah, selama 1 semester iaitu bersamaan 3 bulan saya memujuk hati untuk sabar dalam kuliyyah undang-undang. Jiwa saya memberontak untuk bertukar ke IRK. Dan Alhamdulillah Allah mengizinkan untuk semester ini.Mungkin anda tertanya dan ramai kawan-kawan saya tertanya mengapa saya nekad untuk tukar kursus


" kenapa buat keputusan tak cerdik ni?"tanya seorang kawan dalam nada bergurau


Persoalan bergini melibatkan prinsip dan apa yang kita percaya pada diri kita. The result that reflect from our act indicating our principle.


Saya jenuh untuk menjawab soalan mengapa?kenapa?why? Ditambah pula pertanyaan disertai dengan keluhan. Namun ada juga sahabat-sahabat yang memberi sokongan. Mengapa saya akhirnya menukar haluan dari kuliyyah yang dikatakan antara yang top di UIA kepada kuliyyah yang dianggap biasa2 sahaja. Statement saya ini tidak silap. UIA dengan tagline universiti islam menyediakan pelbagai progran untuk pelajar undergraduate dan postgraduate. Proses islamisasi UIA memakan masa yang lama dan kursus-kursus yang ditawarkan pun sudak ke arah itu. Namun dalam pada itu kursus dalam IRK departmen seperti tidak menonjol. Selain mempunyai jumlah pelajar yang sedikit. Tidak ramai pelajar yang mengambil IRK sebagai menu utama sedangkan UIA ini berkiblatkan nuansa kegemilangan Islam. Ketika saya mengisi borang untuk menukar course, pointer requirement untuk bertukar kepada IRK mestilah tidak kurang 2.00 . Itu penanda aras bagi mana-mana pelajar yang berhasrat untuk memasuki IRK. Tidak perlu pointer yang cemerlang sudah boleh memijak kaki ke jabatan IRK ini. Sedangkan kursus lain menetapkan pointer yang tinggi untuk dilepasi. Kalau kita melihat pada sudut pointer requirement ini, seolah olah menggambarkan IRK tiada apa yang boleh dibanggakan. Meletakkan aras serendah 2.oo pointer seakan meletakkan kedudukan IRK serendah 2.00 pointer juga. Ini adalah pendapat peribadi saya.


Baiklah, menjawab pertanyaan rakan-rakan yang masih meletakkan tanda soal di kepala tentang penghijrahan saya ini. Saya ringkas menjawab


" my heart is not belong to law"


Namun selain jawapan ini saya mempunya stand saya sendiri. Ilmu Allah ini luas dan tersedia untuk sesiapa yang ingin mengecapinya. Melalui ilmu kita semakin kenal diri kita, dimana kekuatan kita, di mana kelemahan kita dan sebagainya. Proses belajar adalah proses membangun diri. Jadi bila kita mengecapi proses itu, hidup kita terasa bermakna. Baik, malangnya saya tidak kecapi perkataan2 'mengenal diri kita, mengenal kekuatan kita, dan membangun diri kita' sepanjang perjalanan saya di kuliyah tersebut. Maka saya perlukan kepada penghijrahan dan berlaku adil pada diri sendiri. Satu kepuasan bagi saya bila melihat kitab2 arab. Rasa 'geram' untuk melapah kitab2 itu. Namun ada faktor bersalah dalam diri saya.


Selama bertahun2 saya membiarkan ilmu2 tanpa di sampaikan kepada umum malah diamalkan. Sebagai pelajar yang belajar sekolah aliran agama, menghafal dan mengingat tiap2 helai kitab itu seperti perkara biasa. Kami memang di latih untuk mengingat nas-nas dan hujah-hujah. Bab ini kami juara. Tahu untuk apa? Ini semua untuk menghadapi peperiksaan. Berbulan2 kami mengulit kitab2 hadis, tafsir dan feqah hanya untuk dimuntahkan dalam satu transkrip soalan yang mengandungi beberapa helai kertas di dalam sebuah dewan selma 2 jam. Hanya untuk itu. Pap! saya menepuk dahi. Pengkhianatan apakah yang sudah saya lakukan ini. Kebimbangan menusuk jiwa saya. Yang menyedihkan jika dibelek kembali ingatan dan ditanya tentang apa yang dilumatkan dalam otak, terkial-kial untuk menjawab. Lebih merunsingkan lagi ini menjadi trend bagi pelajar2 disekolah. Penyesalan inilah yang mengheret saya untuk kembali hidup bersama-sama Ilmu-ilmu ini.


Ya Allah! muliakan aku dengan ilmumu. Ingatkan aku dengan bendaharamu. Kasihi daku dengan tarbiyahmu. Kurela terhina disisi manusia dari tidak terbela disisiMU. Kepada sahabat-sahabat ilmu Allah ini untuk yang mencari. Hati orang mencari Ilmu Allah ini seperti bejana yang mudah menakung titisan air yang jatuh. Ilmu Allah tidak akan tumbuh di hati2 yang penuh dengan lumpu-lumpur maksiat. Manusia yang beriman dimuliakan dengan ilmu tapi manusia yang lalai akan dihina dengan ilmu.


Allah pemilik segala ilmu :)

No comments: