Thursday, July 3, 2008

Komunikator menyubur VS Komunikator membunuh




Adakah anda seorang komunikator yang baik dan berkualiti? Atau anda ni seorang komunikator yang berbicara mengikut ‘berahi’. Atau anda menggunakan komunikasi untuk berkuasa? Orang yang mampu berkomunikasi dengan baik adalah lebih banyak kenalan dan pengaruhi orang sekeliling. Selain penampilan yang baik, orang yang bijak berkomunikasi di anggap individu yang berkarisma dan berjaya. Tapi dalam kontek anda sebagai seorang pendakwah,pelajar,peguam, guru dan pak ustaz maka berbeza uslub berbicaranya.

Ramai yang dilahirkan dengan kelebihan petah berkata-kata. Kelebihan itu dapat kita lihat sejak lahir lagi. Tapi yang petah berkata-kata itu tidak semestinya bijak berkomunikasi. Komunikasi ini satu kaedah dan ilmu yang perlu belajar. Jadi rakan-rakan dakwah sekalian jom kita menguasai cara berbicara. Barulah kita mampu mempengaruhi subjek dakwah kita.

Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman mengenai cara mendekati mad’u( orang yang didakwah). Malah jika berkesan, orang-orang itu sendiri yang mendekati kita. Suka mendekati kita. Bagimana ya?


“Saya boleh terima kritikan abang”

“ Saya boleh terima teguran dan kritikan abang pada saya. Tak de rasa nak marah pun. Malah saya rasa ingin dan ingin berubah. Tapi kalau orang lain bagi arahan saya rasa ‘panas’ sikit” luah seorang peserta pada saya. Peserta yang memang rapat dengan saya.

“ kalau abang marah pun boleh terima?” uji saya.

“boleh bang”

Saya mulai rasa ukhuwah, qudwah dan komunikasi membina berjaya menambat dan memegang HATI dia. Bukan dia seorang sahaja, malah hampir kesemua peserta mampu menerima kritikan dan ada semangat ingin berubah.

Dialog ini berlaku ketika saya dan alumni sekolah SMU(A) Ahmadiah Banggol Judah mengadakan kem kepimpinan kepada pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah itu. Dan dialog itu berlaku pada malam terakhir program. Sebelum itu saya mula mengeluh kerana saya masih tidak dapat kesan apa-apa perubahan pada diri peserta. Terutamanya peserta lelaki. Perasaan bersalah mula menyerang jiwa saya. Sebabnya saya terlalu sayang pada adik-adik peserta ni J. Jadi pada malam tu, selepas aktiviti terakhir selesai, saya mengumpul semua peserta lelaki di satu tempat lapang. Kami membina satu halaqah. Dalam keadaan cahaya lampu yang sebam2 itu, saya suruh semua bercakap dan membuat muhasabah tentang diri masing-masing. Seikhlas yang mungkin. Kira macam slot dari HATI ke HATI.

Walaupun sudah larut malam semua bagaikan banyak benda yang nak diluahkan. Saya salute kat adik-adik ni. Mereka ikhlas dan jujur menceritakan masalah dan kelemahan masing-masing. Dan saya minta mereka kritik saya dan program ini. Maka banyakla persoalan yang timbul. Malam itu hanya saya dan pesert lelaki. AJK dan fasilitator yang lain tidak terlibat. Saya ingin selami hati adik-adik ini.

“ Mereka ini adalah ‘nyawa’ pada perjuangan saya” saya berbisik.

Maka dengan kaedah yang tawadhuk dan moderate, dan cakna akhirnya adik-adik dapat menerima setiap kritikan dan harapan saya pada mereka. Dan mereka berjanji untuk berubah. Saya menggunakan kaedah 3T( tepuk,tepuk,tampar). Tepuk itu bermaksud kita ‘belai’ mereka dengan memuji kelebihan yang ada. Jiwa mereka akan berbunga. Dan tampar maknanya kita mula berterus terang tentang kesilapan setelah kita mencari titik putih( white spot) dalam diri mereka. Jangan kita terus mencari dan shoot mereka. Kaedah itu akan merugikan kita dan mereka. Tapi bound dan grablah mereka perlahan2 kerana dengan cara itu mereka akan rasa dihargai.

Malam muhasabah

Adik-adik ini bukan semua yang bermasalah. Tapi yang bermasalahnya adalah kita. Kita terlalu membiarkan mereka. Kitalah yang menjauhkan diri dari mereka bukan mereka yang cuba mengelak dari kita. Tapi malangnya, dengan kaedah pengurusan jiwa dan komunikasi yang gagal diantara da’I dan mad’u, seakan telah ‘membunuh’ mereka. Ada sesetengah program tu yang malamnya adalah malam muhasabah atau malam kena ‘basuh’. Malam yang satu inilah yang paling ‘tidak dinanti’ oleh peserta. Tanyalah mana-mana peserta yang pernah kena basuh dan kena ‘sepak terajang’ dengan kata-kata yang keras dan suara yang tinggi adakah mereka ingin kena lagi? Jawapanya tidak!

Bagi pendapat saya, kaedah ini kena lihat pada kapasiti dan level peserta. Kalau peserta yang untuk ditamrinkan boleh la dibuat sebegini. Untuk melatih mereka berjiwa ‘keras’. Tapi bagi pelajar yang ingin belajar dan dekat dengan program, slot ‘brain wash’ tengking-tengking ini tidak sesuai. Pernah satu program tu,malam terakhirnya diadakan slot brainwash. AJK mencipta kesilapan peserta dengan niat untuk cari modal bagi ‘membasuh’ peserta. Saya tahu niat mereka untuk menyedarkan peserta dengan kaedah menekan jiwa dan bermain dengan emosi dan fizikal.

Anda tahu apakah kesan dari slot yang popular ini. Maka ramai lah adik-adik ini bila diajak untuk ‘join’ program seterusnya, mereka mentah-mentah menolak. Mereka bukan hanya menolak untuk sertai program malah menolak kehadiran kita. Hah kan bahanya itu. Slot yang sepatutnya menyedar dan menyubur rasa keinsafan dalam jiwa akhirnya ‘membunuh’ mereka. Akhirnya kitalah yang rugi.

“ Abang tak suka cara kasar-kasar untuk betulkan adik-adik semua. Itu bukan cara abang. Adik jangan risau.” Tegas saya pada malam itu.

“ ikhlas abang ingin bertanya, adik-adik suka cara yang mana? Cara berhikmah yang lembut ke atau cara berhimah yang kasar?”

“ kami tak suka dimarah dan dipaksa” semua sepakat.

Saya mahfum dengan isi hati peserta-peserta itu. Mereka tidak dapat menerima kaedah yang selama ini dilaksanakan. Percaya atau tidak selama berpuluh2 kali kita anjurkan program tarbiyah dan kepimpinan, kesanya tidak seberapa malah mengecewakan. Kerana apa? Kerana kaedah yang kita guna selama ini sudah tidak sesuai. Kita kena cari formula baru untuk slot muhasabah ini. Biar betul-betul membina jiwa peserta. Janganlah kita jadi AJK yang SS(syok sendiri)

Yang sebaiknya, selepas selesai program kita perlu follow up balik adik-adik. Berkomunikasilah dengan cara yang betul. Kata- kata fasi dan da’l adalah untuk dirasa bukan dipaksa. Biar mad’u berubah dengan rela HATI. Gunakan kuasa komuni ‘kasi’ yang kita ada itu untuk ‘kasi’ faham dan ‘kasi’ ilmu pada mad’u. Biar mereka rasa ‘kasi’han pada diri dan ingin berubah.

Ayuh fasilitator dan da’I sekalian. Berubahlah kita untuk merubah. Bolehkan? InsyaAllah boleh.

Allah pemilik segala HATI

No comments: